A bit of info on my division during FireEye Forum
Sunday, 14 December 2014
Wednesday, 3 December 2014
Budapest Convention
Dilaporkan oleh Haslindatul Ikhmar Khisham, Peguam Persekutuan – Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa.
PUTRAJAYA - 20 NOVEMBER 2014:
Unit Perkara Jenayah Antarabangsa, Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa,
JPN telah menganjurkan “Workshop on Cybercrime” selama 3 hari pada 3 - 5
November 2014 di Bangunan Galeria, Putrajaya.
Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta
mengenai undang-undang siber di Malaysia, undang-undang antarabangsa
yang termaktub di bawah Konvensyen Budapest serta cabaran dalam
menangani isu-isu perundangan dan teknikal yang berkaitan. Seramai 30
peserta daripada Kementerian dan Agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan
seperti Majlis Keselamatan Negara, Cybersecurity, dan Suruhanjaya
Multimedia dan Komunikasi telah menghadiri bengkel ini.
Seramai 11 orang penceramah yang berpengalaman telah dijemput untuk
memberikan ceramah bagi bengkel tersebut. Mereka terdiri daripada Prof.
Dr. Ida Madieha Abdul Ghani Azmi (Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia), Assistant Professor Dr Sonny Zulhuda (Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia), Encik Nazrul Nizam Mohd Zameri (Bahagian
Pendakwaan, JPN), Puan Baizura Kamal (Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa,
JPN), SAC Mohd Kamarudin bin Md Din (Timbalan Pengarah, Bahagian Jenayah
Siber dan Multimedia, Polis Diraja Malaysia), Encik Syed Faisal bin
Syed Amir (Ketua Unit Jenayah Perdagangan, JPN), Dr Aswami Ariffin (Naib
Presiden CyberSecurity Responsive Services), Puan Bawani Selvaratnam
(Ketua Bahagian Pembangunan Dasar, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia ), Ir. Md. Shah Nuri bin Md Zain (Setiausaha Bahagian
Keselamatan Angkasa dan Siber, Majlis Keselamatan Negara), Puan
Syariffah Rashidah Syed Othman (Bahagian Keselamatan Angkasa dan Siber,
Majlis Keselamatan Negara) dan Encik Anas Anal Mohd Zainal (Ketua
Jabatan Pengurusan Keselamatan Digital, Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia).
Dalam bengkel tersebut, peserta telah didedahkan dengan pelbagai isu
dan cabaran semasa dalam menangani jenayah siber serta pendekatan yang
perlu diambil dari aspek perundangan. Sesi soal jawab juga turut
diadakan bagi memberi peluang kepada para peserta berinteraksi dengan
penceramah-penceramah.
Pada hari terakhir bengkel tersebut, suatu mesyuarat turut diadakan
bagi membincangkan kerangka perundangan yang sedia ada bagi maksud
memperkasakan undang-undang siber di Malaysia dengan mengambilkira
isu-isu perundangan dan teknikal yang dibangkitkan di dalam bengkel.
Secara keseluruhan, majoriti peserta berpuas hati dengan skop bengkel
dan berpandangan bahawa kursus ini amat berfaedah dan menyarankan agar
bengkel seumpama ini dapat diadakan pada masa hadapan dengan menumpukan
perhatian kepada aspek pendakwaan dan ‘case study’ terhadap kes-kes
jenayah siber di Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)